MURID DAN ALAM BELAJAR
(Kumpulan 7)
Fahimah Tajuddin
Siti Nur Hafeeka Haslan
MODEL PENGAJARAN BEHAVIORISME
• Model ini menumpukan kepada tingkahlaku yang dapat diperhati tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan murid
• Mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun dan Hopkins, 2002)
• Model pengajaran behaviorisme terbahagi kepada tiga jenis iaitu Model Pembelajaran sosial (Bandura, 1961), Model Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran Langsung ( Good, 1994)
PENGAJARAN LANGSUNG
· Satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas yang terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur.
· Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan cara pembelajaran.
· Arends (2001), pengajaran langsung merupakan satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas murid.
· Guru akan mengekalkan kawalan terhadap proses pengajaran .
· Memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses.
· Guru mereka cipta perkembangan pengajaran sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.
· Keistimewaaan pengajaran langsung ialah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu
· Aspek pengajaran langsung mepunyai tiga aspek iaitu :-
(a) Jenis Pembelajaran pelajar
(b) Aliran aktiviti pengajaran
(c) Persekitaran pembelajaran
· Direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar
• Untuk mencapai dua hasil pembelajaran utama iaitu penguasaan kandungan berstruktur dan penguasaan pelbagai kemahiran.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
I. Penentuan set
II. Penerangan/ demonstrasi
III. Praktis/latihan terbimbing
IV. Maklum balas
V. Amalan/praktis lanjutan
PRINSIP-PRINSIP
I. Pengenalan/review
II. Perkembangan
III. Amalan terbimbing
IV. Penutup
V. Latihan Kendiri
VI. Penilaian
PROSES-PROSES
PENGENALAN/REVIEW
• Menarik perhatian pelajar
• Mengenal maklumat baru atau menokok tambah apa-apa yang dipelajari
PERKEMBANGAN
• Menunjuk cara tingkahlaku
• Memastikan pelajar memperoleh penguasaan dan pemahaman pelajar
• Ulangan latihan
LATIHAN TERBIMBING
• Guru memberikan tugasan pendek dan bermakna
• Membantu pelajar yang belum menguasai pengajaran
• Dapat meningkatkan ingatan pelajar
PENUTUP
• Pelajaran dirumuskan
• Guru mengimbas kembali apa-apa yang diajar dalam pelajaran
• Persediaan untuk pelajar menyelesaikan aktiviti dan latihan kendiri yang diberikan oleh guru
LATIHAN KENDIRI
• Aktiviti atau tugasan diberikan kepada pelajar
• Untuk mengelakkan apa juga bantuan guru
• Sebagai langkah menentukan tahap penguasaan yang dicapai oleh pelajar.
PENILAIAN
No comments:
Post a Comment